D'teratak BAMboo-Jalan kebun (Kg Jawa) Klang
Selari dengan nama restoran D'teratak BAMboo,Restoran ini sememangnyer menghidangkan nasi kukus dalam buluh yang membawa kelainan dalam menunyer.Keenakkan nasi kukusnyer yang lembut membuatkan pelanggan tidak puas menikmatnyer .
Bagi yang ingin merasai menu shell out disini,anda boleh membuat pilihan untuk Pakej Sweet Couple (2/3 orang) RM35.00,Pakej Family (4/5 orang) RM55.00,Pakej Big Family dengan hanya RM100 (9/10 orang) + Percuma Air 1 Jag.Pastinyer anda akan kenyang dan ia amat-amat berbaloi sekali.Menariknyer disini,sambal ketam yang digunakan adalah resepi rahsia dari Bengkok thailand yang telah berusia 100 tahun lamanyer.Apa yang best udang butter sweetnyer yang manis dan lemak amat diminati oleh kanak-kanak dan orang dewasa dan menu shell out yang terakhir ialah kepah air asam leleh yang telah disatukan antara kedah+kelantan memang cukup menyelerakan.Serius bestπππ
D'teratak BAMboo merupakan satu-satunyer restoran seafood yang menghidangkan shell out dikawasan kampung jawa klang.Agak berlainan dengan tempat lain,Restoran ini sedikit kecil dan terdapat beberapa buah meja sahaja.Sekiranyer,ramai pelanggan yang datang ingin menikmati shell out meja baru akan dibuka.Bagaimanapun,tempahan perlulah dibuat sehari lebih awal.Waktu restoran ini beroperasi adalah bermula pada jam 4.00petang (selepas solat asar) sehingga 1.00 pagi.Manakala,waktu shell out bermula 6.00petang-12.00 tengah malam setiap hari.
Jadi tidak hairanlah jika restoran ini memang penuh saja dengan manusia pada setiap masa.Satu set hidangan shell out mengandungi udang,ketam,kepah,sotong,brokoli,kacang pis jagung dan lemon.
Alamat:Lot 1599 Batu 3 1/2 Jalan Kampung jawa,41000 Klang,Selangor.
Waktu Operasi:4.00 P.M - 1.00 A.M (Ahad - Sabtu)
No. Telefon:019 527 9557
Facebook:D'teratak Bamboo
location GPS: https://g.co/kgs/8pLli9
